Saturday, November 27, 2010

Aston Villa 2 - 4 Arsenal


Hari ini tiada lagi pengulangan peristiwa minggu lepas. Mendahului 2-0 namun akhirnyer tewas 2-3, tetapi hari ini Arsenal mendahului 2-0 dan berakhir dengan kemenangan 4-2. Hero Arsenal yang menjaringkan gol ialah Arshavin, Nasri, Chamakh dan Wilshere

Fabiański - 6

Tidak boleh menyalahkankan 2 gol yang bolos kerana beliau telah mencuba sehabis baik untuk menjaga gawang gol. Tambahan pula gol pertama Aston Villa sememangnyer tidak boleh dikira. John Carew manghalang penglihatan Fabianski di posisi Offside.


Sagna - 7


Ashley Young dan Warnock berjaya diikat dengan sempurna


Squillaci - 5


Sangat gementar di atas padang ditambah pula dengan clearance yang buruk yang menyebabkan gol pertama.


Kosc - 7.5


Sangat baik dalam menjaga posisi, terpaksa menukar baju kerana pendarahan yang dilakukan oleh Carew. Kosc telah membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja dalam menjaga posisi pertahanan Arsenal.

.

Clichy - 6.5


Banyak memberi bantuan dalam counter attack. Menjaga posisi dan Clark dengan baik.




Wilshere - 7

Membuktikan ketiadaan Cesc tidak memberi kesan dalam corak permainan Arsenal. Gol beliau telah meranapkan semangat Aston Villa untuk menyamakan kedudukan.


Song - 6.5


Tidak aggresive dan membiarkan Brannan mendominasi permainan di babak kedua.


Rosicky - 7.5


Kapten yang berwibawa, bermain dari kiri ke kanan, atas ke bawah, memberi bantuan gol. Apa lagi yang anda boleh harapkan?


Arshavin - 7.5


Perkataan yang pertama bila menyebut mengenai Arshavin ialah Superbb!!! Stamina yang tinggi, rajin dan menjaringkan gol pertama...fuhh. Tottenham harus berasa malu kerana gagal mendapatkan beliau 2 tahun lepas.


Nasri - 7.5


Seorang pemain superstar. Nadi utama dalam permainan tadi. Jika beliau cedera buat tempoh yang panjang, kita boleh melupakan hasrat untuk memenangi BPL


Chamakh - 8


Seperti biasa prestasi yang baik, membuat pertahanan sentiasa berasa cemas dengan "rambut spiky" beliau di depan gawang mereka.


Subs:


Denilson - 5

Bagus dalam menggantikan Arshavin

Gibbs - 5

Membantu bahagian pertahanan dgn baik


Djourou -2
Hanyalah untuk mebuang masa minit tambahan..haha









Saturday, November 20, 2010

(Ars 2-3 Tott) - Tottenham Scumbag Buat Comeback

Aku tahu bagaimana perasaan para penyokong Arsenal sekarang. Gallas mmg tengah bergembira sekarang. Para penyokong cap Ayam dilaporkan berlari telanjang dengan penuh girang. Kita semua tahu bahawa kita lebih baik dari mereka. Tetapi, hari ini aku akan cuba untuk melupakan apa yang aku saksikan di Emirates . Aku hanya akan memberi analisis bagi setiap pemain tadi..>>>


Fabiański - Tidak ada yang luar biasa dalam perlawanan hari ini. Wenger perlu mengambil penjaga gol berkelas dunia seperti Manuel Neuer ... .. 6



Clichy - bermain baik di babak pertama. Tidak pada babak kedua.  6


Kosc - Banyak peluang untuk menjaringkan Gol,, namun tidak bernasib baik.. .7


Squillaci- Menjaga bahagian bawah dengan sempurna, namun bila bola diudara, hancuss.. .6.5


Sagna - Sangat baik dia babak pertama. Namun membiarkan Bale mempunyai terlalu banyak ruang di babak kedua.  .6.5


Denilson - Mengunci Van der Vaart dengan baik, .... 7


Fabregas - Permainan  yang luar biasa di babak pertama. Namun memberi penalti kepada Tottenham ... 7


Song -  baik dalam situasi 1 on 1


Nasri - Menjaringkan Gol yang agak menarik. Namun pada babak kedua, hilang rentak


Arshavin - Kurang Stamina pada babak kedua


Chamakh - Gol cantik, namun dua kali dalam situasi 1 on 1,tewas, sebagai seorang striker dia patut memperdayakan defend dan menjaringkan gol, Karim Benzema adalah jawapan kepada situasi ini. Wenger harus cuba untuk mendapatkan beliau pada Januari ini


SUB :




Rosicky - Membuatkan Fouls yang menyebabkan Kaboul dengan mudah menanduk gol hasil sepakan percuma Van De Vaart


RVP - Memberi bola kepada Kosc yang hampir menjaringkan gol. 


Theo - Sepakan di akhir minit yang agak mengecewakan
















Tuesday, November 16, 2010

Arsenal seperti tatoo di hati saya - Eboue





Midfielder Arsenal Emmanuel Eboue mendedahkan bahawa apa pun yang berlaku dalam kerjayanya, The Gunners akan selalu menjadi isu penting dalam kerjaya bola sepaknya.

Bercakap kepada Arsenal TV Online, Pemain Antarabangsa Ivory Coast ini bermula dengan mengingati kembali gol melawan Porto di Liga Champions Mac lalu.


Dia berkata



Saya fikir gol terbaik adalah melawan Porto.


Aku berlari dari tempat sendiri ke tempat mereka, Arshavin memberi bola, saya menggelecek  bola dan menjaringkan gol dengan kaki kiri.


Aku bersumpah aku tidak akan pernah melupakan Arsenal, ia seperti tatoo di hati saya dan jika saya bersara dan satu hari aku datang kembali, aku akan menjadi orang yang sama saya selalu dan saya berharap para penggemar akan tetap bahagia dan baik dengan saya, bernyanyi nama saya seperti yang mereka lakukan saat ini.





Pires ke Aston Villa





Pires, 37, memenangi dua gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA dengan Gunners serta trofi Kejohanan Eropah pada tahun 2000 dengan Perancis.

pembantu pengurus Aston Villa (Gary McAllister) berkata: "Robert telah berlatih di Arsenal.

"Saya tahu Arsene Wenger sangat peramah dan saya yakin Pires akan menyertai kami dalam dua atau tiga hari.

"Ia sangat sempurna. Saya yakin dia akan tiba di tempat latihan dalam keadaan baik.

Aston Villa hanya mempunyai 22 pemain di skuad yang didaftarkan ke Liga Premier pada 1 September dan sebagai agen bebas Pires layak untuk dimasukkan segera.

Roma berhasrat untuk mencuri Cahill dari Wenger & Redknapp


Laporan di Itali menyatakan Roma merancang untuk menyambar Gary Cahill yang akan meninggalkan Arsenal dan Spurs dalam kehampaan. Arsene Wenger dan Harry Redknapp telah meletuskan perang tawaran di bulan Januari dengan 15 juta poundsterling .

Cahill, 24,  telah menjadi pemain kegemaran peminat di Reebok dan dianggap permata oleh Owen Coyle. Selama 2 tahun terakhir ia telah dikaitkan dengan Manchester United, City, Chelsea dan baru-baru ini Tottenham dan Arsenal.

Adam Johnson telah mengesahkan bahawa ia akan bersiap untuk keluar dari Manchester City jika tidak mendapat tempat pertama pasukan.

Sejak berpindah dari Middlesbrough pada bulan Januari, pemain sayap 23 tahun telah muncul sebagai salah satu penyerang terbaik di England.

Dia telah muncul sebagai pemain utama di skuad England, tetapi ia masih jauh daripada pilihan pertama di Eastlands di bawah Roberto Mancini.


Bila Johnson menyertai City dari Boro, beliau bermain sebagai pengganti untuk Stewart Downing selama bertahun-tahun di The Riverside.


Sekarang Johnson merasakan bahawa beliau tidak mungkin untuk menerima peranan sebagai pemain pengganti 'di City.


"Setiap pemain perlu berfikir tentang hal ini ketika saatnya tiba. Hal ini masih awal tetapi, saya pasti akan mempertimbangkannya," kata Johnson ketika ditanya apakah ia akan keluar dari Man. City.

Galeri Marouane Chamakh