Saturday, November 27, 2010

Aston Villa 2 - 4 Arsenal


Hari ini tiada lagi pengulangan peristiwa minggu lepas. Mendahului 2-0 namun akhirnyer tewas 2-3, tetapi hari ini Arsenal mendahului 2-0 dan berakhir dengan kemenangan 4-2. Hero Arsenal yang menjaringkan gol ialah Arshavin, Nasri, Chamakh dan Wilshere

Fabiański - 6

Tidak boleh menyalahkankan 2 gol yang bolos kerana beliau telah mencuba sehabis baik untuk menjaga gawang gol. Tambahan pula gol pertama Aston Villa sememangnyer tidak boleh dikira. John Carew manghalang penglihatan Fabianski di posisi Offside.


Sagna - 7


Ashley Young dan Warnock berjaya diikat dengan sempurna


Squillaci - 5


Sangat gementar di atas padang ditambah pula dengan clearance yang buruk yang menyebabkan gol pertama.


Kosc - 7.5


Sangat baik dalam menjaga posisi, terpaksa menukar baju kerana pendarahan yang dilakukan oleh Carew. Kosc telah membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja dalam menjaga posisi pertahanan Arsenal.

.

Clichy - 6.5


Banyak memberi bantuan dalam counter attack. Menjaga posisi dan Clark dengan baik.




Wilshere - 7

Membuktikan ketiadaan Cesc tidak memberi kesan dalam corak permainan Arsenal. Gol beliau telah meranapkan semangat Aston Villa untuk menyamakan kedudukan.


Song - 6.5


Tidak aggresive dan membiarkan Brannan mendominasi permainan di babak kedua.


Rosicky - 7.5


Kapten yang berwibawa, bermain dari kiri ke kanan, atas ke bawah, memberi bantuan gol. Apa lagi yang anda boleh harapkan?


Arshavin - 7.5


Perkataan yang pertama bila menyebut mengenai Arshavin ialah Superbb!!! Stamina yang tinggi, rajin dan menjaringkan gol pertama...fuhh. Tottenham harus berasa malu kerana gagal mendapatkan beliau 2 tahun lepas.


Nasri - 7.5


Seorang pemain superstar. Nadi utama dalam permainan tadi. Jika beliau cedera buat tempoh yang panjang, kita boleh melupakan hasrat untuk memenangi BPL


Chamakh - 8


Seperti biasa prestasi yang baik, membuat pertahanan sentiasa berasa cemas dengan "rambut spiky" beliau di depan gawang mereka.


Subs:


Denilson - 5

Bagus dalam menggantikan Arshavin

Gibbs - 5

Membantu bahagian pertahanan dgn baik


Djourou -2
Hanyalah untuk mebuang masa minit tambahan..haha









No comments:

Post a Comment