Monday, November 1, 2010

Isaad bangga jadi maskot Cardiff


haa..ni ader berita baik buat peminat bola di Malaysia,,,sumber ni aku baca di malay mail online. so selamat membaca ..wakaka

KEMENANGAN kelab bola sepak Cardiff City dalam perlawanan dengan Norwich City, Sabtu lalu menempa satu hari yang bersejarah bagi Malaysia apabila seramai 250 penyokong dari Malaysia - kebanyakan mereka yang berpakaian baju kebangsaan dan mengibar Jalur Gemilang, berkongsi meraikan kemenangan mereka.

Kelab berkenaan yang diambil alih oleh Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee baru-baru ini, menewaskan Norwich City 3-1.
Tidak pernah dalam sejarah bola sepak di Cardiff, mahupun di Britain stadium dipenuhi dengan sebegitu ramai penyokong Malaysia yang berpakaian tradisi sambil mengibarkan bendera Malaysia. Dan belum pernah juga dalam sejarah, pengumuman dibuat dalam bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris dan bahasa Welsh.
Hari perlawanan bola sepak juga adalah hari yang penting bagi Isaad Nabil, 5 tahun, yang menjadi maskot pasukan bola sepak ini. Isaad berjalan megah di samping pemain bola Cardiff City Craig Bellamy.

Menurut bapanya, Taufiq Shamsuddin, seorang pelajar Phd di Universiti Cardiff, Isaad terlalu seronok sehinggakan tak dapat tidur. Isaad kelihatan segak dalam pakaian baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.


Taufiq, dari Kesatuan Pelajar Malaysia Cardiff membantu mengumpul penyokong Malaysia dari Universiti Cardiff, Glamorgan dan Universiti Wales Institut Cardiff.

No comments:

Post a Comment