Monday, November 15, 2010

Panduan Mengambil Penalti by MAN.UTD + [video]

Sepakan Penalti adalah punca gol yang paling penting didalam pertarungan oleh setiap kelab.

Adakah anda pergi untuk kepaduan, ketepatan atau membaca pergerakan lawan? Tekanan diduga sama pada kedua-dua pemain. Penjaga Gol sering akan diberitahu , 'mengapa kau melompat dengan cara yang salah? "dan striker mengatakan,' bagaimana kau melompat dengan perlahan, itu penalti?!"


Ini adalah panduan untuk mengambil penalti oleh pasukan Man.Utd dengan membagi Pasukan Manchester United ke Amerika vs Eropah. Saksikan..


wakaka...juz for fun

Saturday, November 13, 2010

"Saya nak keluar dari Arsenal"-Nicklas Bendtner

Nicklas Bendtner telah memberitahu bahawa beliau akan keluar dari Arsenal sekiranya tidak ditempatkan di skuad utama.


Bendtner menyertai Gunners pada musim panas tahun 2004. Pemain 22-tahun kini telah memberi amaran bahawa jika situasi tidak berubah, ia akan mencari pemindahan di tetingkap transfer Januari, dengan Bayern Munich dilaporkan bersedia membuat tawaran untuk beliau.


Bendtner mengatakan kepada surat kabar Denmark BT: "Saya sangat kecewa dengan kurang aksinya di padang.


"Saya merasa saya sudah melakukan segalanya dengan betul dalam mendapatkan kembali kecergasan dan saya berada di tahap terbaik dalam hidup saya.



"Ketika saya fit 100%  , saya tidak boleh duduk di bangku simpanan.


"Saya 100%  cukup baik untuk bermula di Arsenal dan saya mempunyai kualiti dan serta sudah cukup duduk di bangku simpanan dalam kerjaya saya .



Bendtner memberi amaran bahawa dia akan bersiap sedia untuk meninggalkan Emirates jika dia gagal untuk kembali ke dalam rancangan pengurus-nya, beliau juga menambah: "Saya hanya perlu sampai ke tahap seterusnya dalam kerjaya saya dan itulah alasan mengapa saya mengatakan hal-hal yang benar sekarang.


"Jika situasi tidak berubah dan aku masih di bangku simpanan Arsenal, saya akan mencari perpindahan. Itu sudah jelas.


"Tapi keutamaan pertama saya adalah pasti - seperti yang selalu - untuk bermain untuk Arsenal.


"Aku sudah banyak bersabar dan saya tidak akan duduk lagi di bangku simpanan Arsenal lagi."


(EVERTON) VS (ARSENAL) preview

Arsenal menang menentang Serigala Oren pada perlawanan lepas namun tidak cemerlang pada perlawanan itu. Namun ia lebih baik daripada terus mengalami episode kekalahan yang berterusan. Man Utd telah pun seri 2-2 menentang Aston Villa dan kemenangan di Everton dapat memotong kembali pasukan Alex Ferguson.

Arsene Wenger telah memberitahu mungkin terdapat perubahan di bahagian midfield. Manakala
pasukan Everton belum lagi kalah pada 6 perlawanan akhirnya. D-D-L-W-W-D. Ini bermakna Arsenal harus berjuang habis-habisan di "away" dan mengekalkan momentum serta konsistensi mereka pada perlawanan malam ini...



___________Fabianski _________
Sagna _ Squillaci _ Djourou _ Clichy
_______ Song ___ Denilson _____
__________ Fabregas _________
Rosicky_____ Chamakh ___ Arshavin



Wednesday, November 10, 2010

Wolverhampton FC v Arsenal FC

 Game (3.45am)

Arsenal akan bemain pada pagi ini tanpa Laurent Koscielny disebabkan kad merah yang diterimanya pada kekalahan mengejut pada Istana Baru tempoh hari. 

Denilson juga masih belum sepenuhnya pulih dari kecederaan pangkal paha dan pemain lain yang turut serta "berehat di bilik rawatan" ialah Abou Diaby dan Kieran Gibbs.


Robin Van Persie bakal menjadi starting line up yang pertama untuk Arsenal selepas kembali daripada kecederaan.


Pasukan Serigala Oren ini  tidak mempunyai pemain baru yang cedera melainkan bek Jody Craddock yang masih belum bebas dari kecederaan pahanya.


Arsenal harus memenangi game ini jika mahu menebuskan kembali 3 point yang terlepas pada tempoh hari sekaligus menyamakan point dgn pasukan Man.U yang pasti bakal ditewaskan oleh Pak Arab....


wakaka....

Match Odds-----


Wolves - 9 / 2 

Draw - 11 / 4 
Arsenal - 8 / 13

Sunday, November 7, 2010

Istana "baru" menawan Kubu "Emirates"



Kalah lagi..itulah yang dapat dikatakan oleh kami. Arsenal mengalami kekalahan di emirates buat kali kedua. Game tadi sepatutnya menjadi satu keputusan "blowout" tapi budak2 muda Arsenal masih lagi tidak mampu mengatasi masalah "konsistensi".


Inilah yang kami dapat nyatakan prestasi setiap pemain tadi.

Fabiański:  Gagal menampan bola Andy Carroll.

 
Sagna: Pandai menjaga bahagian defend namun tidak bersefahaman dengan Walcott

 
Squillaci: Sangat tegap di bahagian bawah. Tidak boleh dipersalahkan atas kekalahan tadi

 
Koscielny: Sama seperti seperti Squillaci



Clichy: Newcastle jarang menyerang di bahagian clichy kerana kecekapannya.

 
Song: Banyak kesilapan yang dilakukannya

 
Wilshere: Mantap di bahagian midfield.

 
Cesc: Para peminat mengharapkan lebih lagi dari Kapten ini

 
Walcott: hari ini bukan hari beliau.
Enrique berjaya mengawal sepenuhnyer budak kaki F1 ini


Chamakh: Sangat mengecewakan.

 
Nasri: Memegang banyak bola, namun finishing amat mengecewakan.

 
Subs:



Arshavin: menunjukkan beliau merupakan lebihan skuad lebihan Arsene Wenger


Van Persie : mempunyai sentuhan yang baik namun midfield kurang menghantar bola kepada beliau



Bendtner: tidak melakukan banyak aksi menarik























Wednesday, November 3, 2010

Shakhtar Donetsk 2-1 Arsenal...

Eduardo Da Silva kembali menjadi wira, namun bukan untuk Arsenal, tapi untuk pasukan barunya Shakhtar Donetsk.


Theo Walcott berjaya membuka gol pada minit ke m10 namun kembali seri setelah Craig Eastmond dengan tidak sengaja menjaringkan gol sendiri


Pada minit ke m45 pula, si Dudu berjaya menjaringkan gol kemenangan dengan bergaya.


Pengurus Shakhtar Mircea Lucescu telah menjanjikan corak permainan pasukan yang berbeza daripada perlawanan lepas yang telah dimalukan 5-1 di Emirates.